Friday, 7 March 2014

    Suasana yang sungguh tenang tatkala hujan turun membasahi bumi,rahmat Allah.Di tengah-tengah kelebatan hujan,kelihatan dua orang gadis sedang menggigil kesejukan di bawah khemah.Selepas beberapa minit di bawah khemah,mereka mengambil keputusan untuk berlari selaju-lajunya ke asrama.

    Ketika mereka sedang lari,tiba-tiba khemah tempat mereka berteduh sebentar tadi bergerak laju ke arah mereka.Mereka berdua berlari sekuat kudrat agar tidak dilanggar khemah tersebut.Salah seorang daripada gadis tadi memejamkan mata ketakutan.'Dumm!!'.Gadis tersebut tidak berasa sakit.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang,dia melihat sekumpulan pemuda sedang menahan khemah yang bergerak tadi.